Ke Laman Web SM Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan.(Terima kasih kepada En Maliki Mohammad Amin )
Selamat Datang dan Terima Kasih
Assalamualaikum wbh
Terima kasih di atas kesudian anda melayari ke laman Program Persediaan Universiti Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Di dalam laman web ini kami berkesempatan menyediakan beberapa maklumat penting berkaitan dengan program ini dan juga pengurusan sekolah ini.
Selaras dengan matlamat pendidikan negara melahirkan lebih ramai pelajar yang berilmu daripada luar bandar,maka usaha untuk merealisasikan impian itu diteruskan. Memandangkan Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar adalah sebuah sekolah Kecermelangan ini memberikan kemudahan kepada semua pelajar yang berkelayakan dari sekolah-sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan untuk menyambungkan pelajaran ke STTJ.
Program Persediaan Universiti STTJ menawarkan lima subjek pilihan disamping subjek MUET iaitu Ekonomi, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Bahasa Melayu, dalam aliran Sastera. Pelajar Tingkatan Enam di sini amat bertuah kerana dibekalkan dengan tenaga pengajar yang berpengalaman yang dapat membantu para pelajar mencapai kecemerlangan mereka di peringkat STPM dengan jayanya. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sempurna setanding dengan sekolah-sekolah yang gah dalam arus perdana pembelajaran tingkatan enam, kelas yang selesa dan juga kemudahan perpustakaan .Pelajar Tingkatan Enam juga digalakkan menyertai pelbagai aktiviti sekolah kerana dengan penyertaan ini mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu kepimpinan dan mengeratkan hubungan antara guru-guru, pelajar-pelajar menengah rendah dan menengah atas dengan pelajar Tingkatan Enam
Justeru adalah diharapkan agar laman web ini akan dapat memberikan sedikit gambaran tentang PRA-U SMTTJ dari semasa ke semasa kepada pelayar laman web serta warga SMTTJ sendiri. Sebarang teguran atau pandangan amat dialu-alukan bagi meningkatkan keberkesanan kuantiti dan juga kualiti maklumat yang dimuatkan dalam laman web ini.Ingat, kebanyakan tokoh cendekiawan, pemimpin negara, pegawai tinggi kerajaan, pensyarah kanan (termasuk profesor), diplomat, tokoh korporat dan swasta pernah melalui sistem PRA-U Maka, tanggapan bahawa pra-u sebagai pilihan terakhir sama sekali meleset. Hakikatnya ialah pengajian pra-u menjadi laluan utama memasuki kursus-kursus penting di peringkat pengajian tinggi.
Akhir kata diharapkan laman web Ini dapat dijadikan sebagai satu saluran yang dapat memberikan manfaat kepada para pelayarnya terutamanya kepada bakal pelajar PRA-U SMTTJ.
Sekian, terima kaseh.
sttj seremban